Sunday, 4 October 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada followers di blog saya.

Saya ingin membentangkan satu topik yang panas berkaitan tentang peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi memberikan tindak balas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

Definisi :
Perkembangan dapat dilihat sama ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi,berdikari,dan mengikut peraturan atau tingkah laku negatif seperti bergaduh, mengasingkan diri dan kurang berkeyakinan diri.


9 comments:

  1. MARI KITA BINCANGKAN TETANG TOPIK YANG SAYA AJUKAN KEPADA ANDA SEMUA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, Norathirah, boleh terangkan dengan lebih lanjut apakah maksud sosioemosi?

      Delete
  2. Waalaikumsalam nur qaseh. Disini saya akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan sosioemosi.

    Maksud sosioemosi ialah merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain.

    Daniel Goleman:
    " sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak"

    Pengertian emosi ialah perkatan yang berasal dari perkataan Greek “emovere “ yang bermaksud untuk keluar . Secara ringkas dapat difahamkan ianya meluahkan dan mengeluarkan perasaan . Berdasarkan kepada Oxford Dictionary emosi bermakna sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri seperti kasih sayang , gembira , sedih atau takut.


    Emosi adalah perasaaan dan mood yang melibatkan reaksi psilogikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri dan bentuk-bentuk yang tertentu. Dalam perkembangan kanak-kanak ianya adalah aspek yang penting selain perkembangan kognitif iaitu fungsi otak dan juga pemikiran serta tingkahlaku kanak-kanak itu sendiri.


    Tingkahlaku emosi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
    1) Berpunca dari faktor luaran dengan menunjukkan reaksi emosi yang boleh dilihat seperti ketawa, senyum, menangis, masam muka , tidak berkata dan sebagainya.
    2) Berpunca dari faktor dalaman: ialah perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan.

    Emosi juga adalah merupakan tindakbalas perlakuan kanak-kanak dan merupakan cara yang paling mudah untuk mereka mengeluarkan fikiran dan perasaan.

    ReplyDelete
  3. Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    Kajian Quek Miow Leng, (2006) tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah. Manakal Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih penghulu cahaya kerana sudi memberi komen di blogger saya. Disini saya akan memperkembangkan lagi hujah saya tentang Kesan Tekanan Rakan Sebaya Ke Atas Perubahan Cara



      Berkawan adalah penting bagi kita. Walau bagaimanapun, berkawan boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Kesan tekanan rakan sebaya boleh mempengaruhi perubahan cara seseorang sama ada cara bercakap, bertingkahlaku mahupun berfikir.
      Ada masanya kita akan berasa rakan-rakan kita mendesak untuk berkelakuan dan berfikir secara berbahaya atau tidak boleh diterima oleh akal yang sihat. Tekanan rakan sebaya sesuatu yang lazim di kalangan rakan-rakan dan akan menjadi lebih kuat semasa zaman remaja. Mungkin gerak hati kita ingin meminta kita berhenti menghabiskan masa bersama rakan yang menjadi ‘pengaruh tidak baik’. Namun ia bukan strategi terbaik kerana ia boleh menimbulkan reaksi bertentangan yang membawa kepada rintangan tidak diingini. Penyelesaian yang lebih baik adalah melatih kita berfikir sendiri untuk menahan diri daripada tekanan rakan sebaya yang negatif itu.
      Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu berkomunikasi. Apabila berada di rumah, seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada ibubapa dan adik beradiknya. Manakala apabila dia berada di luar rumah dia akan bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain.

      Delete
  4. Asslammualaikum hai sis tirah,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama dan sentiasa berkongsi hal seharian, berkongsi pendapat dan sebagainya..

    Tanpa disedari, anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dan komunikasi dengan rakan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya. Impaknya, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.
    Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga ianya melibatkan hubungan yang tidak seimbang kerana faktor perbezaan usia, pengalaman dan peranan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan dan tingkah laku rakan berbanding dengan keluarga mereka. Ini kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka berpakaian tidak sopan tetapi tidak pula pada mereka kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut trend rakan mereka berpakaian. Di sini dapat dilihat konflik antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa betapa besarnya kemampuan rakan sebaya dalam mempengaruhi anak-anak daripada keluarga sendiri. Personaliti dan jati diri anak-anak akan berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya walaupun sebelum ini mereka sudah dididik oleh keluarga. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aziera kerana sudi memberi respon dan pendapat kepada saya tentang betapa pentingnya rakan sebaya. Disini saya ingin memberi pandangan bahawa kita mestilah dekati rakan-rakan yang berfikiran positif, rajin dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas, bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik.

      Selain itu, Rakan Sebaya adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu kerana mereka merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai Rakan Sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran daripada kumpulan rakan sebaya yang mereka ikuti kerana rakan sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu. Pakar Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesarkan kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka kepada rakan Sebaya berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana rakan sebaya dianggap lebih memahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.

      Oleh itu. Pendekatan logikal ialah menggunakan remaja utk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syaratt mereka dilatih dan diselia dengan teratur.
      Tuntasnya, rakan sdebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan sebaya. Bukan semua rakan sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Samada berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih Rakan Sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. INGATLAH, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari. Sekian sahaja hujah saya. Terima kasih.

      Delete
  5. Assalamualaikum kepada saudari Athirah. Saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai forum anda. Rakan sebaya memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Disini saya ingin menghuraikan lagi tentang rakan sebaya berupaya dalam membentuk konsep kendiri, sikap dan juga pandangan kanak-kanak. Contohnya cara berpakaian, hobi dan semua aktiviti sosial. Pada peringkat kanak-kanak, mereka sanggup melakukan apa sahaja agar diterima dalam kumpulannya seperti membentuk kumpulan sendiri. Hal ini akan mengakibatkan kanak-kanak tersebut cenderung dalam melakukan gejala yang tidak sihat seperti menghidu gam, merompak, membunuh dan sebagainya. Akibat daripada pengaruh yang negatif daripada sahabat yang bersifat negatif, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang untuk membeli atau mendapatkan apa yang mereka ambil untuk memuaskan diri sendiri. Sikap yang ditonjolkan oleh rakan sebaya ialah merupakan tiang utama untuk kanak-kanak menjalani kehidupan harian mereka. Hal ini jelas kita lihat dan ketahui bahawa di alam kanak-kanak, mereka mudah terikut-ikut dengan keadaan persekitaran mereka. Kawan merupakan contoh bagi mereka.
      rakan sebaya sepatutnya mempengaruhi rakan dengan cara yang positif. Membangun bersama untuk mencapai matlamat masa depan iaitu saling memberi pendapat dan dorongan antara satu dengan yang lain. Berdasarkan persekitaran masyarakat harmoni iaitu didikan agama,moral dan akhlak yang baik, secara tidak langsung dapat memberi kesan yang baik terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
      Sekian.

      Delete