Saturday, 10 October 2015

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua followers saya.

Hari ini saya ingin membentangkan lagi topik yang berkait tentang kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.

Kecerdasan Emosional adalah kemampuan untuk memonitor emosi diri sendiri dan orang lain, serta menggunakan informasi emosi untuk memandu cara berfikir dan perilaku.
Kecerdasan emosional (EQ) ditandai dengan kemampuan seseorang mengendalikan diri dalam menghadapi keadaan sulit. Dengan pengendalian yang kuat, ia boleh membuat seseorang menjadi dengan tenang melihat permasalahan dan dengan tenang memperhitungkan impak dari suatu keputusan atau suatu tindakan.
Setiap orang mempunyai perbezaan personaliti, keperibadian, keinginan dan bagaimana menunjukan emosi. Perhatian orang yang cerdas secara emosi bukan hanya berrfikir logik tetapi juga mampu berfikir arif dan bijak, Ia bukan hanya mengenali siapa dirinya, tetapi juga berusaha mengenali orang lain yang berhubungan dengan masalah yang dihadapi sehingga kehadirannya dapat memecahkan masalah bukan membuat masalah baru.

8 comments:

  1. salam tirah pada pendapat saya Salah satu komponen penting untuk bisa hidup di tengah-tengah masyarakat adalah kemampuan untuk mengarahkan emosi secara baik. Penelitian yang dilakukan oleh Goleman (Ubaydillah, 2004:1) menunjukkan bahwa kontribusi IQ bagi keberhasilan seseorang hanya sekitar 20% sisanya 80% ditentukan oleh serumpun faktor yang disebut kecerdasan emosional. Dalam kenyataannya sekarang ini dapat dilihat bahwa orang yang ber-IQ tinggi belum tentu sukses dan belum tentu hidup bahagia.
    Orang yang ber-IQ tinggi tetapi karena emosinya tidak stabil dan mudah marah seringkali keliru dalam menentukan dan memecahkan persoalan hidup karena tidak dapat berkonsentrasi. Emosinya yang tidak berkembang, tidak terkuasai, sering membuatnya berubah-ubah dalam menghadapi persoalan dan bersikap terhadap orang lain sehingga banyak menimbulkan konflik.
    Emosi yang kurang terolah juga dengan mudah menyebabkan orang lain itu kadang sangat bersemangat menyetujui sesuatu, tetapi dalam waktu singkat berubah menolaknya, sehingga mengacaukan kerja sama yang disepakati bersama orang lain. Maka, orang itu mengalami kegagalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam awak. Disini saya juga ingin menyatakan pendapat tentang kecerdasan EQ.
      Kecerdasan emosi (EQ) dikaitkan dengan pemikiran yang berlaku di sebelah otak kanan manusia. Secara spesifiknya kecerdasan emosi menjana pemikiran otak kanan untuk menghasilkan pertimbangan yang wajar, secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masalah. Ia juga membantu meningkatkan tahap penyesuaian secara menyeluruh, holistik, sintesis, konseptual dan proaktif. EQ meningkatkan daya fokus pembelajaran yang lebih lama selain dapat membina akhlak yang dan tingkah laku yang baik. Kecerdasan intelek (IQ) pula dikaitkan dengan pemikiran yang berlaku di sebelah otak kiri manusia. Pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad kepada analisa logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan. Penyelesaian masalah lebih tertutup dan berulang-ulang yang banyak mencetuskan kekeliruan. Kesannya banyak aktiviti menjadi perlahan selain sangat bergantung kepada analisa satu persatu.

      Individu yang tinggi dalam kecerdasan emosi mempunyai kebolehan menggunakan emosi sebaiknya, lazimnya individu seperti ini dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai emosi mereka. Individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi, kecerdasan sosial dan kemahiran yang tinggi juga mampu membina kejayaan serta dapat meneruskan hidupnya (survival). Dalam membincangkan hal kecerdasan emosi ini, terdapat dua kajian utama yang dijalankan tentang kecerdasan emosi terhadap kejayaan dan kepentingannya terhadap individu berbanding kecerdasan intelek, iaitu kajian yang dilakukan oleh Goleman yang ditulis dalam buku terbitan beliau iaitu ‘The Emotional Intteligence’ pada tahun 1995 dan sebelum itu pada tahun 1990 oleh Salovey dan Mayer.

      Salovey dan Mayer (1990) telah mengemukakan lima ciri model asas kecerdasan emosi. Ciri pertama tersebut ialah dapat memahami sesuatu emosi, ciri kedua ialah kebolehan untuk menangani hubungan interpersonal dengan baik, ciri ketiga ialah kebolehan menggunakan emosi untuk memotivasikan diri sendiri, ciri keempat pula ialah kebolehan untuk mengenali emosi orang lain manakala yang kelima pula ialah kebolehan yang baik untuk menguruskan emosi seseorang.
      Sekian,terima kasih

      Delete
  2. Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan.Secara dasar nya di dalam penghidupan sebagai manusia,Kecerdasan emosi dan sosial lebih di dahulu kan dari kecerdasan intelek.Kehidupan alam pekerjaan bermula dari Kecerdasan emosi dan dan social dan hendak la di pupuk dari kecil lagi dan bergantung bagaimana penghidupan seharian sesebuah famili itu Untuk memulakan penghidupan seharian kecerdasan emosi akan mempengaruhi kecerdasan social.Jika bermula dengan emosi yang kurang baik maka hubungan social juga akan kurang baik dan suram di antara family sendiri , komuniti dan rakan sekerja. Ini akan mempengaruhi kecerdasan intelek di dalam bidang pekerjaan.Ini akan menyebabkan mutu kerja dan output hasil kerja yang kurang bermutu.Secara tidak langsung prestasi diri dan kerja akan terjejas dengan sendiri nya. Perhubungan kekeluargaan dan kekitaan di dalam penghidupan seharian boleh mempengaruhi dan merangsang kan lagi kecerdasan emosi supaya minda dan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan FIT.Kecerdasan intelek amat di perlu kan di dalam semua jenis pekerjaan mahu pun di rumah atau pun di tempat kerja.Dengan kecerdasan intelek mutu kerja akan bertambah baik dan ini kan meninggkatkan lagi Prestasi diri dan institusi itu sendiri.Suasana Tempat kerja yang conduksif juga akan menyebabkan kecerdasan emosi dan social akan sentiasa dalam keadaan baik dan kecerdasan intelek dapat di perguna kan dengan sebaik baik nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Saya ingin menjelaskan tentang bahawa kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana , perkembangan emosi ialah merupakan dorongan untuk bertindak melakukan suatu perlakuan. Manakala, kecerdasan sosial pula ialah dimana individu tersebut mencapai kematangan dalam pemikiran dan tindakan mereka. Pekerjaan pula ialah suatu tindakan yang dilakukan oleh setiap manusia untuk mencari pendapatan atau rezeki.
      Tidak dinafikan lagi bahawa kecerdasan intelek adalah penting untuk mencapai pekerjaan yang diingini, akan tetapi sekiranya seseorang individu tersebut tiada kecerdasan emosi dan sosial yang baik, seseorang individu itu sudah pastinya tidak boleh berinteraksi dengan orang disekelilingnya.Contohnya jika seseorang tidak mampu mengawal emosi terhadap orang lain, sudah pasti pertelingkahaan atau perselisihan faham dengan rakan sekerja akan berlaku dan perlakuan ini sekaligus menganggu hubungan interaksi mereka dalam perkerjaan.Walau bagaimanapun, kebijaksanaan yang dimiliki oleh seseorang individu, andai kata tiada kecerdasan emosi dan sosial tidak dihadapi dengan baik pun tidak ada baiknya juga. Setakat itu sahaja dari saya sekian dan terima kasih.

      Delete
  3. assalam hai sis tirah,Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya pada forum anda. Faktor utama yang menentukan kejayaan seseorang di tempat kerja? Kajian psikologi menunjukkan kecerdasan emosi dan sosial lebih penting dan menjadi peramal yang lebih baik terhadap kejayaan kerjaya seseorang berbanding intelek.Penemuan ini tidak bermakna intelek tidak penting tetapi ia menunjukkan selain kecerdasan intelek, kecerdasan emosi lebih merupakan pelengkap kepada keberkesanan indvidu di tempat kerja. Kecerdasan emosi dan sosial merupakan satu konsep yang kian berkembang bukan setakat dalam bidang psikologi dan pendidikan tetapi juga dalam pengurusan organisasi. Penemuan terkini menunjukkan emosi dan sosial mempunyai kaitan dengan kejayaan dan pencapaian seseorang dalam kerjayanya. Konsep ini menjadi popular setelah Goleman (1995) mengutarakan konsep tersebut dalam sebuah buku yang begitu laris jualannya di New York iaitu Emotional Intelligence. Menurut Goleman, terdapat suatu jenis kecerdasan lain yang penting selain daripada darjah kecerdasan intelek atau intelektual quotients ialah kecerdasan emosi dan sosial. sekian,Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam hai awak. Pada pandangan saya, kecerdasan emosi, sosial dan intelek adalah saling melengkapi dalam dunia pekerjaan. Jika tiada kesepaduan kecerdasan ini, suatu pekerjaan pastinya tidak dapat dilakukan dengan baik dan matlamat kerja akan terjejas. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang individu tidak mempunyai kecerdasan intelektual yang baik, bagaimanakah mereka mampu berfikir untuk menyelesaikan konflik tempat kerja.
      Oleh itu, dalam dunia pekerjaan tidak hanya memfokuskan dua aspek kecerdasan sahaja. Kualiti pekerjaan semestinya diukur dari pelbagai sudut positif, contohnya, sihat emosi,fizikal, fikiran inovatif dan mampu mengawal tindakan sosial di tempat kerja.
      Melalui fikiran yang positif,kita mampu berfikir untuk menyelesaikan konflik atau permasalahan berkaitan dengan pekerjaan.
      Impak atau kesan yang bakal berlaku sekiranya salah satu kecerdasan emosi,sosial dan intelek tidak dilaksanakan ialah kualiti pekerjaan itu tidak cekap. Disiplin kerja juga turut terjejas, masyarakat tidak memberi penghormatan kepada kerja seseorang itu, pekerjaan itu juga tidak dapat diluaskan kearah yang unggul atau antarabangsa. Apabila kesemua ini belaku, maka mereka akan menghadapi stres.

      Stres tidak lari dari dunia pekerjaan. Perkataan ini sering kita dengar, malah mereka yang menghadapi stres akan dihadapkan doktor dan kaunseling. Dalam hal ini, kita lihat puncanya bahawa jika salah satu elemen tersebut tiada dalam diri pekerja itu. Masalah kritikal ini, akan merosakkan prestasi kerja seseorang individu jika tidak dapat mengawal stress.

      Delete
  4. Assalamualaikum athirah...ya, saya bersetuju dengan pendapat saudari yang menyatakan bahawa dalam dunia pekerjaan, kecerdasan emosi serta sosial sangat penting kerana kedua-dua elemen ini melengkapi antara satu sama lain dalam apa jua keadaan. Sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan emosi dan sosial ataupun dengan kata pendek 'softskill' adalah perkara yang menjadi kriteria utama daripada mana-mana majikan. Sebagai contoh, jika ingin menjadi seorang peguam contohnya, kriteria dalam komunikasi yang bagus mendahului berbanding aspek-aspek yang lain. Walaupun begitu, semestinya intelektual juga diambil kira tetapi peratusannya agak berkurangan berbanding emosi dan sosial.
    Saya berharap hujah saya ini dapat membuka lagi minda saudari tentang kepentingan dan keperluan ketiga-tiga elemen yang telah dibahaskan..

    sekian terima kasih..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Saya disini ingin menambah sedikit hujah saya. Hubungan dan sokongan yang baik dan rakan sekerja adalah penting untuk mengurangkan stres yang dialami dikalangan pekerja walaupun mereka mendapat stres yang melampau daripada majikan. Hal ini bermaksud bahawa hubungan sosial yang baik dengan rakan sejawat dan persekitaran adalah penting untuk mengurangkan risiko yang melampau. Semua individu sentiasa terdedah kepada masalah. Selagi kita hidup selagi itu juga kita tidak boleh lari daripada masalah. Seperti yang kita ketahui, setiap perubahan yang berlaku kepada diri individu akan menyebabkan berlakunya stres tanpa mengira perubanhan sama ada perubahan yang berlaku itu ke arah yang positif mahupun negatif. Selain itu individu yang menghadapi stres haruslah meluahkan setiap apa yang terpendam di dalam hati agartidak menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya kesihatan terjejas, hal ini akan menambahkan pemasalahan yang dihadapi. Sekian terima kasih.

      Delete