Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Topik forum saya yang kedua ialah berkaitan tentang permasalahan yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.
Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikologi perkembangan ialah kesan perapatan (attachment) ke atas perkembangan sosio-emosi individu. Secara umumnya perapatan adalah ikatan istimewa di antara dua insan (Santrock, 2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan di antara anak dengan ibu bapa atau penjaga, atau di antara individu dengan rakan taulan. Mengikut teori Psikososial Erikson perapatan yang selamat (secure attachment) bermula apabila bayi mengalami keselesaan fizikal pada awal kelahirannya, justeru membawanya membina kepercayaan yang pertama terhadap dunia (Erikson, 1968). Kepercayaan ini yang dikenali sebagai kepercayaan asas (basic trust) akan berkembang menunjangi kepercayaan seterusnya terhadap dunia (Erikson, 1968). Sementara itu Ainsworth dalam kajiannya mengenai reaksi bayi terhadap Situasi Pelik (Strange Situation) telah membawa kepada penemuan empat jenis perapatan yang biasa ditemui dalam kalangan bayi, iaitu perapatan selamat (secure attachment), perapatan tidak selamat penolakan (insecure resistant attachment), perapatan tidak selamat berkecamuk atau ambivalen (insecure disorganised attachment atau ambivalent attachment) dan perapatan tidak selamat pengelakkan (avoidance attachment) (dalam Santrock, 2014). Bayi yang mengalami perapatan selamat adalah yang menerima perhatian, kasih sayang dan jagaan yang secukupnya, dan selalunya dikaitkan dengan menunjukkan emosi yang positif, ceria, responsif kepada persekitaran dan mempunyai rutin seharian yang teratur. Sebaliknya bagi bayi yang menerima jenis perapatan yang tidak selamat seperti perapatan ambivalen dan penolakan seringkali kurang diberikan perhatian dan layanan kasih sayang secukupnya. Ibu bapa atau penjaga kepada bayi dalam kategori ini tidak konsisten dalam memberikan kasih sayang dan jagaan kepada bayi yang berkenaan dan sikap ini dipercayai menjadikan bayi kurang mesra, agak kaku bila berhadapan dengan persekitaran baru, dan mudah mengalami emosi positif seperti menangis apabila ditinggalkan (Santrock, 2014).
Lanjutan daripada ini, pengkaji-pengkaji tempatan mulai menerokai aspek lain dalam kesejahteraan remaja dan mengaitkannya dengan perapatan yang dialami. Rohaty Mohd. Majzub, Noriah Ishak dan Ramlah Jantan (2010), misalnya telah mengkaji pengaruh kualiti pertautan (perapatan) 420 orang pelajar asrama di sekolah berasrama penuh di Malaysia terhadap penyesuaian hidup di sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan pertautan dengan ibu bapa lebih memberikan impak terhadap penyesuaian pelajar berbanding dengan pertautan dengan rakan sebaya. Jamal Ismuni, Jas Laile Suzana Jaafar dan Yoo Fei (2012) pula menyoroti hubungan perapatan dengan status identiti remaja. Seramai 200 orang pelajar sekolah yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun telah menyertai kajian ini. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan untuk pelajar-pelajar ini mempersepsikan ibu bapa mereka menekankan aspek afektif dalam perapatan mereka. Selain itu, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang positif di antara perapatan ini dengan status identiti tercapai dan status identiti moratorium. Kedua-dua bentuk status identiti ini adalah sesuatu yang positif yang terlahir daripada kualiti perapatan ibu bapa-anak yang tinggi.


Perapatan (attachment) dan Emosi Kanak-Kanak
ReplyDeletePerapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.
Perapatan
Perapatan atau pertautan ialah “...reciprocal, enduring emotional tie between an infant and a caregiver, each of whom contributes to the quality of the relationship” (Papalia et al, 2004). Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk.
Pembentukan Perapatan
Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Ada pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina.
Terima kasih saudari. Disini saya ingin menerangkan tentang pentingnya ibubapa kepada setiap insan yang ada di permukaan bumi ini kerana tanpa ibu bapa siapalah kita. Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.
DeleteDewasa ini ramai anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau berselisih faham.
Yang lebih teruk, ada yang tidak segan silu menyaman ibu bapa mereka jika menyentuh hal peribadi mereka. Inilah kelemahan sistem manusia yang sering dikatakan untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi tidak pernah mampu mendidik dan membentuk peribadi yang mulia.Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa. Sekian terima kasih
assalam and hai sis tirah, izinkan saya memberi komen. Pada pendapat saya kasih sayang anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya untuk mereka hidup harmoni dan berkongsi rasa cinta serta belas kasihan dalam perjalanan singkat yang dinamakan kehidupan.
ReplyDeleteBegitu indah kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya dengan mengurniakan insan yang setia berdamping sejak awal usia kandungan lagi. Ditetapkan untuk setiap manusia itu hidup selamat dalam rahim kira-kira sembilan bulan sepuluh hari.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
Pada usia kandungan itu jugalah kita sebagai manusia bergantung harap kepadanya atas nama kehidupan, kerana nyawa kita bersama nyawanya dan setiap darah yang mengalir dalam tubuhnya membolehkan kita hidup selesa, selamat, tenang, harmoni dan tiada sebarang gangguan.
Begitu mulianya pendamping setia kita iaitu ibu. Apabila menyebut mengenai erti kasih sayang seseorang ibu, maka terbayang dalam lipatan pemikiran kasih sayang yang tiada nilainya sejak kita dalam kandungan sehinggalah dewasa. sekian terima kasih sis.
Ya ukhti, disini saya akan perjelaskan tentang betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dalam hidup kita. Apabila kita mengalami kesusahan, ibu bapa kitalah orang pertama yang kita cari. Jika kita berada dalam kesedihan, ibu bapa jugalah yang akan dicari. Begitulah istimewanya hubungan anak dan ibu bapa dalam ikatan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
DeleteSegala jasa dan pengorbanan yang ibu bapa curahkan sejak kita kecil sehingga besar adalah tidak ternilai. Malah, jika difikirkan, sebelum kita dilahirkan lagi ibu bapa telah bertungkus lumus mencari rezeki untuk memastikan kita dapat membesar dengan sihat dan selesa setelah dilahirkan.
Bukan itu sahaja, ibu dengan rela hati menggadaikan nyawa melahirkan kita. Setelah dilahirkan, ayah dengan perasaan penuh syukur dan gembira mendukung kita.
Sewaktu kita sedang membesar, ibu bapalah yang paling bahagia melihat kita mengecapi kejayaan walau sekecil mana pun kejayaan kita itu. Contohnya, ketika kita berjaya menuturkan perkataan pertama kita seperti, "Ma", mereka dengan perasaan penuh gembira mengkhabarkan berita itu kepada sanak saudara dan sahabat handai mereka.
Merekalah juga yang memimpin kita dengan penuh sabar semasa kita mengatur langkah-langkah pertama kita. Mereka yang mengangkat dan membasuh luka kita apabila kita tersungkur. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan kita.
Islam amat menitikberatkan umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Allah SWT telah menyatakan betapa pentingnya kita sebagai anak menjaga hubungan baik dengan ibu bapa di dalam Al-Qur'an.
Oleh sebab itu, seorang anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ia merupakan penghormatan tertinggi daripada anak dalam membalas jasa ibu bapa mereka.
Tanggungjawab berbuat baik kepada ibu bapa juga tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia. Anak masih boleh berdoa supaya ibu bapa mendapat keampunan daripada Allah.
Selain itu, setelah ibu bapa meninggal dunia, anak perlu melaksanakan wasiat mereka seperti membayar hutang (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Syukran.
Assalamualaikum Athirah.
ReplyDeleteBerdasarkan pernyataan diatas, saya amat bersetuju bahawa rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. jika diingat pada masa kita kecil, kita lebih cenderung menghabiskan masa dengan rakan sebaya atau dalam lingkungan yang sama dengan melakukan aktviti bersama-sama berbanding dengan ibu bapa. sehinggakan ada yang sangup dari pagi hingga petang tanpa mengira waktu bermain bersama-sama. antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ialah bermain masak-masak dan meniru aksi dalam lakonan dengan mengambil watak-watak tertentu dan selalunya aksi berlawan dalam komik. semasa melakukan aktiviti inilah sosio emosi kanak-kanak itu akan berkembang. kanak-kanak lazimnya menjadikan rakan sebaya sebagai panduan mereka. sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak lebih suka bercerita dengan rakan sebaya berkaitan dengan benda yang mereka suka dan tidak suka. bagi kanak-kanak yang suka marah, mengejek dan merajuk, kanak-kanak akan cenderung mengikut sikap dan perlakuan rakannya. oleh itu, ibu bapa perlu memantau dengan siapakah anak mereka berteman. bagi rakan-rakan yang sentiasa riang, gembira dan optimistik maka kanak-kanak apabila besar akan cenderung ke arah itu. oleh itu, pergaulan kita dengan rakan sebaya amat menentukan sikap dan tingkah laku seorang kanak-kanak itu.
Wassalam cik Nurul. Disini saya ingin menerangkan tentang faktor terjadinya kerenggangan antara anak dengan bapa, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut. Antaranya ialah adalah berpunca daripada sifat ayah yang terlampau serius dalam dalam semua perkara. Bagi anak-anak yang masih belum matang dalam pemikiran mereka akan menganggap bahawa ayah mereka merupakan seorang yang pemarah dan seterusnya akan menyebabkan mereka berasa takut untuk berinteraksi dengan ayah mereka. Anak-anak akan segan untuk berkongsi cerita atau pun masalah yang mereka hadapi dengan ayah mereka. Selain itu ialah disebabkan oleh rutin kehidupan seorang ayah yang banyak meluangkan masa dengan pekerjaan mereka. Oleh hal tersebut anak-anak kurang rapat dibandingkan dengan seorang insan yang bergelar ibu. Masa seorang ayah lebih kepada pekerjaan mereka dibanding keluarga semata-mata untuk mencari pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga.
DeletePada pendapat saya, sekiranya antara anak dan bapa menjalin hubungan yang baik, anak-anak akan berasa yakin dengan keluarganya. Sikap yang terbuka di dalam keluarga mampu mengelakkan pelbagai perkara yang tidak diingini. Contohnya anak-anak lari dari rumah, memberontak dan sebagainya atas faktor keluarga yang tiada kedamaian. Keluarga yang harmoni akan melahirkan individu yang ramah mesra, terbuka dan berkeyakinan diri. Anak-anak yang mendapat sepenuhnya kasih sayang dalam keluarganya akan berasa yakin untuk berkomunikasi dengan siapa sahaja yang ada disekeliling mereka. Sikap mereka yang peramah ini akan menyebabkan orang berasa senang apabila berada disisi mereka. selain itu, hubungan yang baik antara seorang anak dengan insan yang bergelar ayah akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga. Seorang insan yang bergelar ayah seperti yang kita ketahui jarang sekali duduk di rumah untuk meluangkan masa bersama anak dan isteri di rumah atas dalam sibuk dengan kerjaya mereka untuk mencari rezeki demi untuk menyara kehidupan keluarganya. Sikap terbuka antara mereka sangat penting dalam sebuah keluarga. Hal ini akan memudahkan ibu bapa mengetahui setiap pergerakan anak-anak mereka. Misalnya siapa kawan anak-anak, kemana mereka pergi dan sebagainya. Hal ini untuk mengelakkan penipuan iaitu anaki-anak berbohong kepada ibu bapa mereka. Sekian sahaja hujah saya.
Salam sehati sejiwa Athirah. Bagi pendapat saya, perapatan antara ibu bapa dan anak adalah ilmu kekeluargaan dan semua orang yang ingin bergelar ayah harus mengetahuinya. Saya sendiri perlu memahaminya dan mendalami persoalan ini. Pada pendapat saya hubungan perapatan yang longgar akan menyebabkan masalah kepada anak itu sendiri. Banyak punca yang menyebabkan masalah ini seperti masalah kerja dibawa pulang kerumah sehingga mengabaikan emosi anak-anak. Keperluan emosi yang tidak dipenuhi akan menyebabkan anak-anak memberontak dan ini akhirnya mencetuskan masalah besar apabila timbul kesalahfahaman antara ibu dan bapa. Hal ini tidak harus dibiarkan. Oleh itu saya berpesan dalamilah ilmu kekeluargaan melalui bacaan,seminar dan perbincangan. Semoga bermanfaat untuk semua. Sekian.
ReplyDeleteWasalam saudari, disini saya ingin menghuraikan berkenaan permasalahan yang berlaku terhadap perapatan bapa. Terdapat beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ibu bapa. Pertama ialah berasa tidak disayangi. Ini Kerana kanak-kanak akan berasa tersisih dan kuraang perhatian daripada ibu bapa. Kedua, kanak-kanak akan terancam kerana kurangnya sokongan ibu bapa. Ketiga, kanak-kanak cenderung memendam rasa akibat segan dengan ibu bapa. Terakhir wujud rasa takut anak-anak untuk bergaul dengan orangb lain. Keempat-empat elemen ini akan menyebabkan gangguan terhadap sosioemosi kanak-kanak.
Deletetq sye share
ReplyDelete