Monday, 14 December 2015

Vanessa Angel ft Nicky Tirta - Indah Cintaku (Lirik)





this song very very nice..heheh.. just for you mr???????

dono who right? secretoooo.. hihiii..

ekceli boring ni..taktahu nak wat gapo terr.. menunggu komen seperti bulan yg rindukan punguk..eh yeke? okay,, abaikan.. taddaaa




Friday, 16 October 2015

STRESS YANG DIALAMI OLEH KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Topik saya pada hari ini adalah berkaitan dengan keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Berikan pandangan anda tentang adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?
Hasil carian imej untuk gambar kanak-kanak strees

Saturday, 10 October 2015

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua followers saya.

Hari ini saya ingin membentangkan lagi topik yang berkait tentang kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.

Kecerdasan Emosional adalah kemampuan untuk memonitor emosi diri sendiri dan orang lain, serta menggunakan informasi emosi untuk memandu cara berfikir dan perilaku.
Kecerdasan emosional (EQ) ditandai dengan kemampuan seseorang mengendalikan diri dalam menghadapi keadaan sulit. Dengan pengendalian yang kuat, ia boleh membuat seseorang menjadi dengan tenang melihat permasalahan dan dengan tenang memperhitungkan impak dari suatu keputusan atau suatu tindakan.
Setiap orang mempunyai perbezaan personaliti, keperibadian, keinginan dan bagaimana menunjukan emosi. Perhatian orang yang cerdas secara emosi bukan hanya berrfikir logik tetapi juga mampu berfikir arif dan bijak, Ia bukan hanya mengenali siapa dirinya, tetapi juga berusaha mengenali orang lain yang berhubungan dengan masalah yang dihadapi sehingga kehadirannya dapat memecahkan masalah bukan membuat masalah baru.

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA







Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Topik forum saya yang kedua ialah berkaitan tentang permasalahan yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.

          Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikologi perkembangan ialah kesan perapatan (attachment) ke atas perkembangan sosio-emosi individu. Secara umumnya perapatan adalah ikatan istimewa di antara dua insan (Santrock, 2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan di antara anak dengan ibu bapa atau penjaga, atau di antara individu dengan rakan taulan. Mengikut teori Psikososial Erikson perapatan yang selamat (secure attachment) bermula apabila bayi mengalami keselesaan fizikal pada awal kelahirannya, justeru membawanya membina kepercayaan yang pertama terhadap dunia (Erikson, 1968). Kepercayaan ini yang dikenali sebagai kepercayaan asas (basic trust) akan berkembang menunjangi kepercayaan seterusnya terhadap dunia (Erikson, 1968). Sementara itu Ainsworth dalam kajiannya mengenai reaksi bayi terhadap Situasi Pelik (Strange Situation) telah membawa kepada penemuan empat jenis perapatan yang biasa ditemui dalam kalangan bayi, iaitu perapatan selamat (secure attachment), perapatan tidak selamat penolakan (insecure resistant attachment), perapatan tidak selamat berkecamuk atau ambivalen (insecure disorganised attachment atau ambivalent attachment) dan perapatan tidak selamat pengelakkan (avoidance attachment) (dalam Santrock, 2014). Bayi yang mengalami perapatan selamat adalah yang menerima perhatian, kasih sayang dan jagaan yang secukupnya, dan selalunya dikaitkan dengan menunjukkan emosi yang positif, ceria, responsif kepada persekitaran dan mempunyai rutin seharian yang teratur. Sebaliknya bagi bayi yang menerima jenis perapatan yang tidak selamat seperti perapatan ambivalen dan penolakan seringkali kurang diberikan perhatian dan layanan kasih sayang secukupnya. Ibu bapa atau penjaga kepada bayi dalam kategori ini tidak konsisten dalam memberikan kasih sayang dan jagaan kepada bayi yang berkenaan dan sikap ini dipercayai menjadikan bayi kurang mesra, agak kaku bila berhadapan dengan persekitaran baru, dan mudah mengalami emosi positif seperti menangis apabila ditinggalkan (Santrock, 2014).


          Kajian mengenai perapatan tidak hanya tertumpu pada golongan bayi atau kanak-kanak, tetapi juga kepada golongan remaja dan orang dewasa. Jenis perapatan yang dialami pada peringkat bayi atau kanak-kanak dipercayai dapat membantu pemahaman terhadap perkembangan sosio-emosi yang dilalui oleh individu pada peringkat usia yang lebih tinggi, khususnya remaja. Raja, McGee dan Stanton (1992) mendapati bahawa terdapat hubungan positf yang signifikan di antara perapatan dengan ibu bapa dan kesejahteraan psikologi remaja. Kajian yang melibat 935 orang remaja di Amerika Syarikat ini merumuskan bahawa walaupun tahap perapatan denga ibu bapa yang rendah iaitu dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan, perapatan dengan rakan sebaya tidak berperanan dalam kesejahteraan psikologi remaja.


         Lanjutan daripada ini, pengkaji-pengkaji tempatan mulai menerokai aspek lain dalam kesejahteraan remaja dan mengaitkannya dengan perapatan yang dialami. Rohaty Mohd. Majzub, Noriah Ishak dan Ramlah Jantan (2010), misalnya telah mengkaji pengaruh kualiti pertautan (perapatan) 420 orang pelajar asrama di sekolah berasrama penuh di Malaysia terhadap penyesuaian hidup di sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan pertautan dengan ibu bapa lebih memberikan impak terhadap penyesuaian pelajar berbanding dengan pertautan dengan rakan sebaya. Jamal Ismuni, Jas Laile Suzana Jaafar dan Yoo Fei (2012) pula menyoroti hubungan perapatan dengan status identiti remaja. Seramai 200 orang pelajar sekolah yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun telah menyertai kajian ini. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat kecenderungan untuk pelajar-pelajar ini mempersepsikan ibu bapa mereka menekankan aspek afektif dalam perapatan mereka. Selain itu, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang positif di antara perapatan ini dengan status identiti tercapai dan status identiti moratorium. Kedua-dua bentuk status identiti ini adalah sesuatu yang positif yang terlahir daripada kualiti perapatan ibu bapa-anak yang tinggi.




Sunday, 4 October 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada followers di blog saya.

Saya ingin membentangkan satu topik yang panas berkaitan tentang peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi memberikan tindak balas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

Definisi :
Perkembangan dapat dilihat sama ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi,berdikari,dan mengikut peraturan atau tingkah laku negatif seperti bergaduh, mengasingkan diri dan kurang berkeyakinan diri.


Tuesday, 22 September 2015

kisah cinta

Setelah Dicampakkan Gara-Gara Wanita Penipu di Facebook, Tunanganku Kembali Padaku

Vemale.com - Tidak ada yang bisa menebak apa yang terjadi dalam cinta. Hubungan resmi seperti pertunangan atau pernikahan sekalipun kadang tak mampu menjadi jaminan bahwa mereka akan bahagia berdua selamanya. Rebecca Lewis tahu benar rasanya, saat tunangannya jatuh cinta pada wanita cantik berambut pirang di Facebook, dan memutuskan untuk meninggalkannya. Dikisahkan dalamdailymail.co.uk, apa yang terjadi hingga sang tunangan itu kini kembali ke pelukan Rebecca?
Aku dan Paul Rusher sudah dua tahun menjalin hubungan spesial, dan kami bahkan sudah bertunangan. Namun beberapa minggu setelah bertunangan, aku menyadari bahwa Paul berubah. Karena kami tinggal bersama, perubahan itu jelas sekali terasa. Kadang gelagatnya aneh, dan ia juga tampak seperti sudah tidak tertarik lagi denganku. Paul juga menjadi semakin sering terlihat sibuk dengan komputer serta ponselnya, suatu hal yang tidak biasa ia lakukan.